Usai menunaikan solat subuh, aku membaca al Quran sambil tadabbur terjemahan. Di musim pandemik inI, aku terfikir bagaimanakah kelangsungan hidup kita di bumi yang semakin tua dimamah usia?
Sedangkan aku sebagai hamba masih lagi sibuk berjuang demi sebuah cita-cita dan impian. Benarlah kata Buya Hamka bahawa kehidupan itu umpama lautan, dalam lautan itu kitalah hidupan yang menjadi penghuninya.
Doa adalah satu kata yang agak mudah untuk diungkapkan namun agak payah untuk dilaksanakan. Terkenang kata-kata seorang pensyarah aku suatu masa dahulu.
“Pasti di hati kamu ada rasa takut namun jika sudah melangkah teruskan saja tanpa mengalah”
Benarlah kata Buya Hamka;
“Jika anda sedang benar jangan terlalu berani dan bila anda sedang takut jangan terlalu takut kerana keseimbangan sikap adalah penentu ketepatan perjalanan kesuksesan anda”
Buya Hamka
Doa itu ibarat perjuangan menyisihkan luka dan dendam. Tetapi, aku berdoa agar hati ini supaya sentiasa memaafkan walaupun sering terluka. Terluka kerana perjuangan yang sering dikhianati dan diperlekehkan manusia. Aku tahu Allah sudah menentukan segalanya dan aku perlu teruskan berdoa.
“ Berdoa mengajari aku melepaskan, mengajar aku mencipta harapan dan mengajar aku wujudnya perjuangan”
“Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa”
Buya Hamka
Benarlah kata Buya Hamka, ikhlas akan bertemu dalam senyuman. Walaupun aku tersenyum, kadang kala aku cukup lelah dengan kata-kata manusia. Namun, aku tetap menghadirkan sebuah senyuman diwajahku. Mungkin tiada sesiapa yang memahami prinsip hidup kita dan memahami erti perjuangan hidup kita kerana aku sedar jika terlebih banyak bercerita adakalanya akan memakan diri sendiri. Maka berdiam itu lebih baik. Maka, hanya diri sendiri yang perlu tahu ketika melangkah dalam perjuangan bukannya orang lain.
Ada pelangi di sebalik air mata. Harapan aku ada dalam setiap doa dan sujudku. Hanya Allah yang mengerti setiap tangis dan putus asa dan semoga akan tercipta sebuah kekuatan.
Doa mengajar aku ikhlas melupakan dan menyembuh luka hati setelah dilukai. Doa mengajar aku reda akan setiap takdir Tuhan.Doa mengajar aku
Tetaplah berjalan terus wahai hati dan jangan pernah menangis lagi. Berusahalah yang terbaik buat dirimu sendiri. Teringat akan kata-kata kakak angkat aku, “Fokus terhadap matlamat hidup dan abaikan kata-kata orang”
“Tidal ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibandingkan doa”
[Hadis Riwayat Tirmidzi]
Nukilan,
Nur Izzati Hazwani