Habis sahaja membaca buku Margaretta Gauthier, terasa ada sebuah perasaan yang tidak tidak tergambar dengan kata-kata.

Sesungguhnya, setiap manusia yang hidup di atas dunia ini ada cerita yang menjadi rahsia Tuhan. Oleh itu, penting sekali untuk kita sentiasa mengingatkan diri sendiri agar sentiasa bersangka baik dengan aturan Tuhan.

Setiap plot cerita, saya sungguh tidak sangka jalan ceritanya seperti itu. Tiada siapa yang bersalah dan tiada siapa yang patut dipersalahkan. Kehidupan Margaretta seperti itu bukan kerana dosa lampaunya, bukan juga salah Armand yang pergi membawa hati yang lara, bukan juga salah Suzanne yang menyebabkan perpisahan dua jiwa, bukan juga salah Tuan Douval yang membawa pulang anak lelakinya yang seorang itu.

Namun, saya terkesan ketika ruh dan jasad Margaretta sudah tiba masa untuk berpisah. Setelah dia menyelusuri kehidupan yang penuh liku dan pengakhiran yang tidak indah di mata kita tetapi dia pergi dengan begitu tenang kerana dia sendiri merasakan Tuhan telah mengampunkannya.

Kehidupannya tampak jijik dan tiada siapa pun yang setia bersamanya kecuali yang seorang iaitu pembantunya. Namun, Margaretta seorang yang berhati halus dan lembut, tidak satu pun bait-bait kata celaan menyalahkan takdir Tuhan.

Margaretta sentiasa berkorban untuk memudahkan urusan orang lain, sehinggakan dia senidiri terpaksa mengorbankan diri sendiri. Namun, tidak pernah pula dia menyalahkan ketetapan Tuhan.

Sehinggalah saat terakhir hidupnya yang tidak tertanggungkan lagi dengan seksaan jiwa, dia membuka seluas-luasnya pintu kemaafan dan tidak menyimpan dendam terhadap setiap jiwa yang pernah hadir dalam hidupnya, biarpun mereka merobek jalan hidupnya. Sekali lagi, tidak pula saya lihat kata-kata putus harapan terhadap takdir Tuhan untuknya.

Aduhai.

Andai kata kita melihat Margaretta di hadapan mata sendiri, apalah agaknya perkataan yang terkeluar dari mulut ini.

“Ah dia tu sudahlah pelacur, mati pun tiada yang menjengah.”

“Dia itu hidupnya bergelumang dengan dosa, padanlah tiada orang yang mahu dengannya.”

“Si Margaretta itu hidupnya penuh hutang keliling pinggang, sebab itu dia memilih jalan begitu.”

Wujud bukan realiti begini dalam masyarakat kita? Sudah-sudahlah, lebih baik diam daripada berkata-kata yang tidak baik walaupun kita sendiri tidak pernah berada dalam turun naik kehidupannya. 

Berpisahnya ruh seseorang itu dari dunia ini juga adalah rahsia Tuhan. Dalam keadaan yang bagaimana? Baik atau buruk juga dalam rahsia Tuhan. Justeru, jadilah orang yang baik-baik, bukan merasakan kita ini sudah baik  untuk menghakimi hidup mati seseorang.

Disediakan oleh,

Jiha Jahari


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.