Lagu-lagu bahasa Cina yang rancak dimainkan di corong pembesar suara itu mengiringi tarian pantas sekumpulan wanita berumur lingkungan 50-an itu. Yang mengejutkan saya, ada di antara mereka ini sudah berada dalam kategori warga emas. 

Di China, suasana seperti ini selalu dilihat di mana-mana tempat, terutamanya di taman. Pasti ada sekumpulan wanita yang sudah berusia sedang menari-menari dengan gerakan yang sama dan pantas. Pagi, petang, malam; pasti ada!

Pada waktu itu, kami juga turut serta mengikut rentak mereka. Ke kanan, ke kiri, ke depan, ke belakang; sungguh menyeronokkan. Mahu kata Zumba, bukan juga. Mahu kata poco-poco, pun bukan. Mak cik-mak cik di situ juga mengalu-alukan kehadiran kami. Kami hanya mengikut saja dari belakang. Tarian mereka tidaklah sepadu zumba tapi tidaklah terlalu lemah gemalai. Kelajuan dan gerakannya tak lebih dan tak kurang sesuainya untuk warga tua di sana.

Selesai sahaja aktiviti itu, kami sudah termengah-mengah tetapi mak cik-mak cik yang sudah berpangkat nenek itu kelihatan masih lagi bertenaga! Tiba-tiba mereka menyapa kami dan berbual bersama kami.

“Kamu orang Tanzania? Afrika? India?” soal seorang mak cik yang berambut pendek itu. Mulutnya mengukir senyuman. Soalannya membuat kami terperanjat.

“Tidak, kami dari Malaysia. Ayi (mak cik) mesti tahu Malaysia, kan?” soal kami pula.

Beliau mengerut. Sepertinya kali pertama mendengar perkataan Malaysia.

“Malaysia di mana? Saya tak pernah tahu ia wujud.” Kami tercengang. 

“Ayi mesti tahu Singapura, kan? Malaysia terletak di sebelah Singapura,” jawab kami. Beliau pula tercengang. Katanya, itu kali pertama mendengar nama negara Malaysia. 

Kebanyakannya begitulah keadaan apabila berbual bersama warga emas di sana. Bukan sahaja warga emas tetapi juga kebanyakan orang di sana. Jika kita berborak-borak bersama mereka, banyak yang mereka tidak tahu tentang dunia luar. juga tertarik dengan penampilan pelajar Malaysia yang bertudung dan memakai baju kurung.

Teringat saya ketika kami sedang menuju ke Masjid Niujie untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha, ramai orang tempatan melihat kami seperti pertama kali melihat manusia memakai tudung dan berbaju kurung. Mereka sangat sopan ketika berbual dengan kami, ada juga segelintir yang kelihatan tidak selesa dengan penampilan kami yang sebegitu.

Selama lebih empat tahun saya di China, saya tidak pernah ‘diserang’ oleh orang awam disebabkan saya seorang Muslim.

Tetapi kami pernah mendapat pengalaman yang sedikit mengecewakan ketika kami di Korea. Ketika itu kami menaiki bas pelancongan bersama warga tempatan yang lain. 

Tiba-tiba, ada seorang lelaki tua yang menjerit sambil menuding jari ke arah kami, “ISIS, bom!” Semua memandang dan mentertawakan kami lalu kami turun daripada bas dan berjalan kaki lebih kurang 700 meter ke pintu Keluar.

Pada waktu itu, baiklah kami turun daripada bas sebelum berlakunya perkara yang tidak menyenangkan. Biarlah perlu berjalan jauh sedikit asalkan tidak berlaku yang bukan-bukan.

Kita dilahirkan dalam Islam dan menjalani kehidupan seharian dengan nilai Islam tetapi kita kurang melihat dunia luar.

Menetap di Malaysia dan bersama komuniti yang sentiasa menerima dan bertolak-ansur antara satu sama lain seharusnya meningkatkan rasa syukur kepada Tuhan yang memberikan keharmonian kepada kita di negara ini.

Jika kita lihat di pedalaman tanah air kita ini, masih ada lagi yang tidak merasa nikmat iman dan Islam ini. Oleh itu, kita yang menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim ini seharusnya berakhlak baik dan seterusnya berusaha agar nikmat yang Allah berikan ini dapat juga dirasai oleh orang yang masih belum merasainya.

Ternyata, orang-orang yang saya temui di China dan negara-negara lain benar-benar mengajar saya untuk bergaul dengan mereka dengan cara yang berhikmah. Malah, pengalaman itu juga mengajar saya untuk mencari jalan yang lurus. 

Walaupun kita dalam bidang yang berbeza, karier yang berlainan, gaya hidup yang tidak sama, kita perlu sentiasa melakukan yang perkara yang selari dengan tuntutan agama kerana itu yang akan menzahirkan pegangan sebenar hidup kita sebagai seorang Muslim. 

Nukilan,

Jiha Jahari

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.