“Satu persoalan yang sering bermain di fikiran kita atau paling tidak pun sekali pernah terlintas dalam jauh benak hati. Anda pilih yang mana?

Usai solat Asar, aku melangkah masuk ke pejabat untuk kembali ke meja kerja, ada dua pasang mata yang menanti menatap tajam kedatangan ku. Sepasang daripadanya bagaikan mata si penembak tempat yang sedang membidik-bidik menanti masa sesuai menarik picu membunuh mangsa. Serasa sendi-sendi terpaku, berat jadinya langkah ku. Sejurus sahaja aku melepaskan badan ke kerusi, picu ditarik  dan peluru soalan dilepaskan pantas menembusi otak pemikiran. 

“Mail! Kalau kau lah kan kau akan pilih mana satu; balik ke masa lalu atau ke masa hadapan?” – Hadirah si penembak tepat melontarkan soalan.

Dikala itu, Safiya di meja sebelah masih dengan tenungan tajam yang tidak dilepaskan dan melirikkan pula satu senyuman sinis bagai bersedia menghukum atas apa sahaja jawapan yang bakal aku berikan.

“Fuh, soalan apa ini? Kenapa tiba-tiba sahaja mereka mahu mengajukan aku soalan seberat ini? Apa muslihat mereka disebalik soalan ni?” dialog Aku kepada Aku sendiri. Tersedar aku dari perbualan sendiri kerana aku dikejutkan oleh bentakan Hadirah.

“Ui Ujang! Lambat juga kau jawab? Kami sangkakan kau boleh terus jawab saja soalan tu? Kenapa lama sangat?” – Hadirah menambah soalan kerana kegeraman.

“Irah, soalan berat ni takkan lah aku nak bagi jawapan terus? Sebelum aku jawab, aku nak pastikan dua hal dahulu berkaitan soalan ni!” – aku membelitkan keadaan.

Aish!! Boleh pula macam tu ya? Ha, cepatlah apa yang nak dijelaskan tu?!” – Hadirah membalas tegas.

“Bolehkah kita balik ke masa semasa kalau sudah selesai ke masa hadapan?” – belitan pertama ku.

“Ha?? Mana boleh!” – Hadirah tak bersetuju.

“Oh baik kalau macam tu, bolehkah kita bawa memori dari masa semasa ke masa lalu?” – belitan terakhir ku.

“Erm… kalau itu boleh lah kot?” – Hadirah bagai terjerat dalam belitan soalan-soalan ku.

“Hm… kalau begitu aku pilih ke masa lalu.” – Aku menetapkan pilihan.

Muka Hadirah jelas mempamerkan kebingungan. Dia menjangkakan bahawa soalan ini semudah ya atau tidak. Namun begitu daripada perspektif Aku ada jerat-jerat tersembunyi dibalik soalan ini yang jika tidak aku telusuri hati-hati bisa memerangkap aku dalam dimensi masa yang bukan seperti aku harapkan. Suatu falsafah? Mungkin.. Aku sendiri tak pasti apa istilah yang sesuai berkaitan apa aku fikirkan mengenai hal ini.

Kedua-dua soalan tambahan aku itu sebenarnya sama sahaja teori nya. Soalan pertama dan soalan kedua ku umumnya cuma mahu memastikan bahawa aku boleh ke masa lalu atau ke masa depan untuk memperbaiki apa juga kesilapan yang aku telah atau bakal aku lakukan. 

Bayangkan jika kita kembali ke masa lalu tanpa membawa memori semasa, tidakkah kita hanya akan mengulang kembali keputusan-keputusan lalu kita? Tidakkah kita hanya akan menjalani semula segala akibat atas pilihan-pilihan tak wajar yang kita putuskan satu ketika dahulu? Apa guna kita kembali ke masa silam jika hanya untuk menghidupkan semula memori kedukaan itu?

Bayangkan pula jika kita ke masa hadapan tapi tak mampu kembali semula ke masa semasa. Kita hanya bagai menambah garam pada luka! Melewati segala kesakitan yang menanti di hadapan sebelum sampai waktu sebenarnya tiba. Jadi bagaimana bisa seseorang itu boleh memberikan jawapan terus kepada satu persoalan seberat ini? Bagaimana jika dua hal ini tidak diperjelaskan dahulu? Takut hanya menjadi satu pengembaraan yang sia-sia dan boleh sahaja pula memakan diri sendiri. 

Hadirah terkedu dengan penjelasan yang Aku berikan tetapi di sisi kiri ku, Safiya yang diam sahaja sepanjang masa ini menyampuk dan bagai mampu menelaah secebis pemikiran ku dan dia berkata untuk menegaskan;

“Aku tidak hairan dengan dia ni, Irah.”

Lima hari berlalu, aku kembali terfikir soalan Hadirah dan juga komen yang diberikan Safiya tempoh hari kerana bagai ada terselit satu misteri. Pasti dia punya cerita sendiri! Aku sentak kesunyian tengah hari itu dengan satu soalan mengejut kepada Safiya;

“Saf!! Kalau ikut engkau lah, kau akan pilih masa lalu atau masa hadapan?” – tanya ku.

Dia terkejut dan terpampang geram yang jelas di wajahnya kerana tiada salam dalam soalan Aku itu. Namun, jawapan yang diberikan oleh Safiya adalah menarik! Menarik sehinggakan ia membawa Aku kepada satu simpang dalam perjalanan pemikiran ini yang berliku tetapi mengasyikkan. Diskusi kami ini masih jauh daripada kesimpulannya, perjalanan masih belum sampai ke destinasi.

Sekian.

Disediakan oleh,

Mu’Az

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.