Audi Alteram Partem

Telinga dicipta sepasang
yang sentiasa terpasang
hanya sebelah

Sebelah lagi tuli
tapi menyamar batu api
dinding peribadi dicupingi
bisik kelambu licik dirisik

Sayup rahsia menggegar koklea
propaganda bertalu menular berita
yang sewenangnya pula dipercaya?

Telinga sepasang itu timbang
sebelahnya hati sebelah lagi otak
berat sebelah langit kan tumbang
terhempap hikmah jadi pekak
lalu tohmah bertukar hak

“Usah sesekali menghakimi
sebelum dengar sebelah lagi.


Puisi yang berkisar tentang penularan berita di media sosial begitu pantas tanpa ada penapisan fakta benar atau salah. Usaha mengaktakan kesalahan berita tidak benar dan mengempenkan “tidak pasti jangan kongsi” menunjukkan keseriusan isu sebaran fitnah dewasa ini. Puisi ini bertujuan untuk memberi teguran sinikal agar kita lebih berhati-hati dalam mendengar berita dan tidak boleh mendengar sebelah pihak sahaja.

 

Rangkap 1

Puisi ini menggunakan simbolik telinga yang berfungsi untuk mendengar. Allah menciptakan telinga sepasang ini mempunyai hikmah tersendiri iaitu tidak boleh hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Justeru, tajuk puisi ini juga diambil dari prinsip perundangan yang berasal dari bahasa latin yang bermaksud “listen to the other side”.

 

Rangkap 2

Kita sering mendengar cerita sebelah pihak dan terus mempercayai. Lebih teruk lagi menjadi batu api, menokok-nambah dan melaga-lagakan pihak-pihak lebih-lebih lagi dalam hal-hal peribadi dan aib seseorang.

 

Rangkap 3

Cerita-cerita sensasi “dalam kelambu” seperti hal kekeluargaan tidak sepatutnya ditularkan di media sosial. Orang ramai pula amat mudah mengecam dan menyebarkan tanpa usul periksa (tabayyun).

 

Rangkap 4

Justeru, kita kena kembali mencari apakah hikmah Allah menciptakan telinga yang juga berperanan sebagai pengimbang badan. Kita tidak boleh berat sebelah kerana kehidupan kita juga akan jadi tidak seimbang kerana sehingga tidak dapat membezakan mana tohmah dan mana yang hak. 

 

Rangkap 5

Rangkap terakhir ini ditulis dalam kurungan kerana ianya adalah mafhum hadis riwayat Ahmad, “Janganlah memutuskan keputusan untuk orang pertama sebelum engkau mendengar keterangan orang kedua”.

Penulis,

Dr. Mohd Istajib Bin Mokhtar
Pensyarah,
Univerisiti Malaya

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.