Mengapa membaca itu sangat susah dilakukan secara istiqamah dan berdisiplin?

Kewujudan laman sosial


Melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ternyata lebih menyeronokkan. Selain membolehkan kita membuat kajian tentang ‘si dia’, kita juga secara tidak langsung mempunyai satu pekerjaan tetap iaitu pakcik atau makcik bawang. Perkhidmatan yang tidak dibayar, tetapi akan mendatangkan kepuasan apabila status atau komen kita akan mendapat banyak tanda suka dan juga perkongsian dari warga internet yang lain.

Pengaruh aplikasi drama


Netflix, Iflix, Dimsum dan juga Viu merupakan antara contoh aplikasi yang agak merbahaya. Satu filem kebiasaannya akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam.Itu untuk satu filem.Bayangkan jika anda menonton drama bersiri Korea? Oh. Ianya tidaklah selama mana jika dibandingkan dengan drama Latin. Mungkin anda sebenarnya mampu untuk menghabiskan pembacaan sebanyak 20 buah buku. Pengaruh yang ada pada drama-drama ini memang sangat luar biasa. Sejujurnya, saya juga tidak terlepas dari pengaruh yang satu ni.

Kesibukan di tempat kerja


Memasuki alam pekerjaan juga bermakna anda akan mengalami kekangan dari segi waktu dan juga kewangan. Jika pengangkutan awam yang disediakan sangat selesa seperti perkhidmatan MRT, janganlah teragak-agak untuk memilihnya. Bayangkan dalam tempoh 30 minit di dalam MRT, mungkin kita dapat membaca sekurang-kurangnya 6 hingga 10 muka surat. Dari sudut kewangan pula, pastikan gaji yang anda perolehi setiap bulan ada peruntukan untuk diri sendiri. Belilah sesuatu sebagai hadiah setelah penat bekerja selama sebulan. Bukankah buku hadiah yang terbaik untuk seorang ulat buku? idak semestinya anda harus berbelanja dengan jumlah yang besar. Cukuplah jika anda dapat membeli sebuah buku baru yang akan dapat memberikan anda aura positif dan membahagiakan hidup anda.

Melebihkan keperluan orang lain berbanding keperluan sendiri


Dilema ini sering dialami oleh golongan ibu-ibu dan juga suri rumah.Apabila anda sudah bergelar isteri ataupun ibu,tidak bermakna anda harus mengorbankan diri sendiri untuk membahagiakan keluarga.Tetapkan satu hari dalam sebulan untuk anda menikmati secawan kopi sambil membaca dengan selesa.Lupakan seketika tentang tanggungjawab dan komitmen anda,nikmatilah aktiviti tersebut dengan tenang.

Tidak mendapat kerjasama dari pasangan


Tidak dapat dinafikan, ini merupakan faktor yang amat sukar sekali untuk dihadapi. Amatlah beruntung bagi sesiapa yang dapat berkongsi minat dengan pasangan masing-masing. Tetapi, untuk sesiapa yang mempunyai masalah seperti ini,s aya merasakan anda perlu bijak untuk ‘mencuri masa’. Janganlah kerana pasangan, anda perlu merubah diri sendiri sepenuhnya. Sayangilah diri sendiri sebelum anda menyayangi manusia lain.

Anda dilanda perasaan bosan


Perasaan ini saya kira menimpa semua ulat buku. Ada masanya, anda akan merasa sangat bosan menatap dan menghabiskan buku yang sedang dibaca. Tidak perlu berasa panik. Ambillah masa yang diperlukan. Beralihlah pada buku yang lain jika anda mengalami perasaan tersebut melebihi dari waktu yang sepatutnya. Bukankah membaca buku itu sepatutnya menyeronokkan?

Akhir kalam, saya tinggalkan pesanan dari Ibnu Jahiz ini,

”Buku itu diam bila engkau mengkehendaki ia diam.Ia tidak akan mengganggu ketika engkau bekerja,tetapi bila engkau berasa kesepian,ia akan menjadi temanmu yang baik.Engkau tidak perlu marah terhadapnya dan juga tidak akan berkecil hati.Ia adalah teman yang tidak menipu atau bermuka dua.”

Oleh: Pembeli Buku

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.