Perkembangan teknologi kini mula bersaing dengan buku. Keluhan ibu bapa, anak lebih mengutamakan gajet daripada buku. Ini bukanlah masa untuk menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, sama-samalah kita berusaha menyelesaikannya. Disini terdapat cara-cara untuk menggantikan gajet kepada buku untuk anak-anak:
Pertama, salah satu penyelesaian adalah dengan memberi beberapa galakan kepada anak-anak berbentuk buku sebagai bahan untuk mengantikan gajet. Buku yang berbentuk pop up, interaktif dan berwarna-warni boleh memberi alternatif aktiviti yang menarik.
Kedua, belikan buku kegemarannya walaupun harganya mahal. Pelaburan ini tidak rugi, hasilnya akan dapat dalam masa lima sehingga enam tahun, apabila anak anda sudah boleh membaca dan tidak membuang masa dengan menghadap gajet. Harga buku pun juga tidaklah mahal jika dibandingkan dengan harga gajet.
Ketiga, galakkan anak-anak memegang buku walau dimana dia berada.
Di dalam kereta sewaktu pulang ke kampung, dalam perjalanan ke kedai, sewaktu pulang dari sekolah. Pendek kata, ke mana saja!
Keempat, minta anak berkongsi semula apa yang dibacanya. Anda mungkin boleh bertanya seperti, “Seronok tak baca buku?”, “Ceritakan kepada ibu kisah tersebut” dan “Jom lukis watak dalam cerita tadi”
Beri pujian atau ganjaran sekiranyan anak anda boleh membaca dan dapat menghabiskan suatu buku dalam masa yang ditentukan. Pada peringkat awal galakan anda membaca dengan muka surat yang tidak banyak dan juga dengan perkataan yang mudah.
Mudah bukan? Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi ayuh mulakan perubahan ini sama-sama!
Disediakan oleh,
Azlinda Husin
Dikemaskini pada 8 Disember 2021