Za’ba melihat satu sikap yang amat jelas hilang dalam kehidupan masyarakat kita iaitu percaya kepada diri sendiri. Sejak zaman penjajahan lagi, kita telah dimomokkan dengan pemikiran bangsa yang lemah, tiada kekuatan dan hanya mampu mengharapkan ihsan orang. Sikap ini juga telah kita bawa sehinggalah sekarang walaupun Malaysia sudah 64 tahun merdeka. 

Ya, memang ada orang kita yang mula sedar tentang kekurangan ini tapi ia tidak mewakili satu jumlah yang besar sehingga mampu membawa impak yang menyeluruh kepada leluhur budi generasi negara. 

“Inferiority complex” yang masih menebal menjadi punca gerak kerja kita lesu dan tidak berupaya memberi kesan kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Inilah yang dibahaskan Za’ba secara panjang lebar dalam karya beliau, Perangai Bergantung pada Diri Sendiri.

Klik gambar untuk beli buku!

Za’ba berpesan beberapa perkara yang amat mustahak yang perlu kita ubah dalam kehidupan:

1- Tidak menjadi kutu di kepala sendiri

Lazimnya, kita mengetahui tabiat kutu hanya menjadi makhluk penumpang yang secara perlahan-lahan merosakkan perumah. Ia hanya kekal di satu tempat, menunggu dan mengikis manfaat yang dia dapat daripada perumah untuk survival diri. 

Inilah mesej yang cuba dibawa oleh Za’ba. Beliau tidak mahu masyarakat kita hanya menunggu usaha orang lain untuk dimanfaatkan. Sebaliknya, menggalakkan kita untuk lebih dahulu memulakan. Orang yang hanya tahu bergantung pada orang lain tidak akan mampu bergerak maju dalam pelbagai cabang kehidupan, sekaligus membinasakannya dalam diam. 

2- Berani untuk memulakan

Menjadi seorang pemula bagi sesuatu idea atau tindakan sudah pasti akan berdepan dengan risiko yang bakal mengganggu gugat perencanaan.

Tapi, adakah patut perasaan takut untuk berdepan risiko itu mengatasi tekad kita untuk maju? 

Sekiranya masih ramai individu yang takut untuk memulakan langkah, kita tidak tahu bilakah lagi kita akan mampu mencapai kejayaan di atas kaki sendiri. Jadi, pesan Za’ba ini bukanlah satu kebetulan, malah ia amat kena dengan diri kita yang masih lagi ada keraguan pada diri sendiri untuk memulakan. 

Oleh itu, bergeraklah. Jangan kekal menjadi peragu pada cita sendiri. 

3- Hentikan taklid buta

Mengikut pandangan secara membuta tuli daripada orang yang berpengaruh sama ada dalam hal agama, pentadbiran, politik, pendidikan dan sebagainya akan melahirkan lebih ramai pentaasub bukannya pemikir. 

Pentaasub akan membawa bersama hujah-hujah idolanya dalam segenap perkara sampai tidak berani merenungkan semula setiap pendapat yang dilontarkan. Inilah barah yang mula mengakar dalam hidup masyarakat kita, dan wajib untuk dibendung. 

Kita tidak mahu setiap lontaran kata yang diucapkan atau perbuatan yang dilakukan oleh  seseorang diikut secara membuta tuli sehingga meninggalkan rasional yang patut kita ambil. Bukanlah bermaksud kita perlu menjadi pengkritik pada setiap perkara, namun berfikir dan kajilah sebelum menerima sesuatu. 

Untuk hal agama yang sudah termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis, itu pula adalah kemestian untuk kita sentiasa pegang. Cuma, benar-benarlah kita memahami proses pada setiap ibadat yang harus dikerjakan, bukan hanya dijadikan perbuatan tanpa ruh ubudi. 

Pesan-pesan Za’ba ini mungkin dilihat pedas dan langsung, namun padanya ada kebenaran yang amat jarang untuk kita bahaskan. Kita takut untuk menjadi diri sendiri, tapi dalam pada masa yang sama kita mahu memulakan. 

Maka, mari kita kuatkan tekad untuk berani menjadi diri kita sendiri. Beranilah bergantung pada diri sendiri. 

Disediakan oleh,

Syuhadah Ainin, 

Malaysia.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.