Setiap orang mempunyai cara untuk sembuh yang berbeza-beza. Ada yang memilih sembuh dengan cara menonton filem, ada juga dengan cara memasak atau dengan cara membeli makanan yang sedap-sedap dan ada juga dengan cara memberi khidmat.

Ini tiga idea yang anda boleh buat untuk “self-healing”.

Dapatkan tidur yang cukup.

Imanimusasi badan akan jadi lemah apabila seseorang tidak dapat rehat dan tidur yang cukup. (Ibarra-Coronado et al., 2011). Bukan itu sahaja, tidak dapat tidur yang cukup juga boleh menaikkan hormon stres kita seperti norepinephrine dan epinephrine (Zhangeldi et al., 2011). Hormon ini yang akan buatkan kita lebih resah (anxious) dan juga lesu upaya (burn out). Oleh sebab itu, tidur yang cukup adalah idea yang terbaik untuk self healing. Bagi orang dewasa, memadai kita dapatkan tidur 6 hingga 8 jam sehari.

Ambil minuman teh

Ketika di fasa depresi atau kurang bersemangat, kita boleh cuba untuk mengambil minuman teh herba yang baik untuk kesihatan mental. Antaranya:

  1. Teh bunga Chamomile: Dapat kurangkan simptom anxiety (Mato et al., 2016)
  2. Teh bunga Chrysanthemum: Menstabilkan emosi dan mengurangkan stres.
  3. Teh bunga Lavender: Mengurangkan tahap depresi dan anxiety (Bazrafshan, M.R., 2020

Menulis Jurnal

Sediakan sebuah buku khas untuk menulis dan jadikan ia sebagai jurnal. Jurnal tidak sama dengan diari harian. Jurnal lebih fleksibel dan lebih mudah untuk catat progres sembuh yang kita usahakan.

Catat perkara yang menakutkan kita, pencapaian kecil kita, apa yang membuatkan kita trigger, apa yang boleh mengurangkan simptom kita apabila kita melakukan sesuatu perkara itu atau namakan emosi yang sedang kita rasakan pada hari itu.

Menulis dapat melatih kita untuk melihat cara fikir dan lebih tertumpu pada satu-satu perkara.

Terserahlah apa pun caranya, asalkan kamu bahagia dan tetap sampai ke tujuan.

Disediakan oleh: Farhah Anuar (Instagram @fahaanuar)


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.