Hamka berkata wanita adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT dan perlu dihormati. Kerana itu, memenuhi kewajipan dan memperlakukan para wanita dengan baik adalah amanah yang diletakkan pada bahu kaum laki laki. Terbukti dengan sangat jelas dalam sejarah dan tamadun Islam bahawa wanita diberikan hak dan kemulian.

Hamka cuba merungkai salah faham yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat, yang berfikiran bahawa seolah-olah syariat Islam membatasi gerak geri kaum wanita dan “mengunci” mereka di dalam rumah mereka tanpa ada peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Fasa Pembebasan sekaligus Menjelaskan Kedudukan Wanita.

Fasa pembebasan golongan wanita dari penghambaan dan penganiayaan. Islam datang mengangkat darjat dan martabat para wanita dan melindungi hak-hak mereka secara keseluruhan dan mengembalikan kehormatan mereka pada tempat yang sepatutnya. 

Detik pembebasan ini yang seharusnya setiap wanita perlu tanamkan dalam ingatan dan hati mereka, bahawa kehidupan yang mereka miliki hari ini adalah hasil perjuangan fasa awal kedatangan Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW dan sekaligus menjadi detik awal  kemerdekaan bagi kaum wanita. 

Fasa Pembentukan dan Pemantapan Sahsiah.

Islam datang memberi solusi tuntas dan panduan hidup berkaitan permasalah seputar diri  mereka, hak-hak, tanggungjawab dan juga peranan yang sesuai kudrat dan fizikal mereka. 

Pada fasa kedua ini, para wanita sudah mendapat tempat yang sewajarnya dalam kalangan masyarakat sebagai seorang ibu, isteri dan anak perempuan, di mana hak dan kebutuhan mereka sesuai fitrah insani bukan lagi berstatus hamba yang diperlakukan seperti barang dagangan yang tidak memiliki perasaan.

Islam datang bukan saja membebaskan para wanita daripada penghambaan, malahan menghapus ketidakfahaman dan menggantikan dengan kefakihan ilmu pengetahuan.

Fasa Pembentukan Generasi dan Penyebaran Dakwah

Pada fasa ketiga ini Islam memperlihatkan peranan seorang wanita begitu besar dalam institusi kekeluargaan, sehingga dapat digambarkan kejayaan generasi akan datang terletak atas bahu seorang wanita. 

Fasa ini adalah penentuan kerjaya seorang wanita sebagai pengasuh dan pendidik anak bangsa. Pada peringkat ini, kaum wanita dan lelaki sama-sama dituntut untuk berilmu pengetahuan, bagi memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang beriman kepada-Nya, dan memenuhi tanggungjawab terhadap sesama manusia. Menggalas tanggungjawab bersama dalam dakwah dan pembentukan institusi kekeluargaan agar dapat melahirkan generasi-generasi yang mapan pemikiran, akhlak dan peribadi. 

Kesimpulan.

Dengan tiga fasa diatas dapat kita simpulkan bahawa, seorang wanita muslimah bukanlah perlu terperuk dan terkurung di dalam rumahnya tanpa perlu menuntut ilmu, kerana membina generasi muda tentunya perlukan ilmu pengetahuan dan seorang wanita haruslah mempersiapkan diri mereka terlebih dahulu dari pelbagai sudut, agar mereka tahu bagaimana acuan yang benar untuk membentuk generasi muda yang tangguh dan kental jati dirinya.

Sejarah silam bagaimana Islam pertama kali datang dengan membawa cahaya di tengah kegelapan, menyelamatkan dan mengangkat martabat wanita dan memerdekakan wanita dari penghambaan jahiliah. Kesedaran ini yang seharusnya dipupuk dalam kalangan wanita agar tidak hilang jati diri, tidak hilang peribadi, tidak mudah terpedaya dengan arus modenisasi yang seakan-akan melenyapkan keperibadian muslimah sejati.

Naskhah ini umpama “hadiah” buat para wanita yang masih terbelenggu pemikirannya, sukar keluar dari kepompong persekitaran yang melemaskan dan merendahkan peranan wanita, semoga dengan membaca karya ini akan membuat kalian berfikir dengan lebih optimis bahawa menjadi seorang wanita adalah tanggungjawab yang mulia sehingga “dihidangkan” balasan syurga dari mana-mana pintu  yang ia kehendaki. Insya-Allah.

Disediakan oleh: Aishah Nerina

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.